Tuesday, June 24, 2014

Sharif Osman, Sharif Rum, Sandokan & James Brooke - Antara Fakta dan Persoalan

Sharif Osman, Sharif Rum, Sandokan & James Brooke - Antara Fakta dan Persoalan

pada 27hb Mac 2014 pukul 5.00 ptg
By Muhammad Aminuddin Bin Abdul Pakar


            "Sharif Osman telah berkahwin dengan Dayang Sahaya @ Cahaya dan dikurniakan seorang anak yang bernama Syarif Merum @ Rum @ Rom. Sementara Dayang Cahaya pula dikatakan anak kepada Sultan Mohammed Pulalon,Sulu dan saudara kepada Raja Muda Datu Mohammed Buyo."

            "Sekutu kepada Sharif Osman iaitu Pangeran Yusop @ Pengiran Usop pula merupakan bapa mertua kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin II."

            "Raja James Brooke datang bertemu Sharif Osman dan mendakwa adik ipar kepada Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah disembunyikan oleh Sharif Osman."

             "Dalam catatan cerita hasil karangan penulis Itali, Emilio Salgari menyatakan Sandokan mencintai seorang wanita Inggeris iaitu anak saudara kepada Raja James Brooke Sarawak. "

Banyak Persoalan Yang Boleh Dikemukakan Menerusi perbandingan catatan James Brooke, Novel tulisan Emilio Salgari dan realitinya Antaranya :-

1)  Siapa sebenarnya Sharif Merum @ Rum @ Rom?

2)  Sharif Osman dikatakan telah terkorban dalam peristiwa pertempuran marudu 1845 itu tetapi mayatnya gagal ditemui. Adakah benar beliau terkorban jika dirujuk Laporan British yanga hanya menyebutkan antara yang   terbunuh semasa pertempuran di Kubu Marudu ialah tiga orang keturunan Arab (Sharif) dan Sharif Osman         hanya cedera. Pihak British mendakwa Sharif Osman akhirnya akan mati berdasarkan maklumat seorang             perempuan yang  ditemui dalam keadaan lemah di Kubu Marudu yang mana perempuan itu mendakwa Sharif     Osman cedera dan telah dibawa keluar dari kubu oleh pengikutnya??

3) Adakah Sharif Rum ataupun Sharif Osman merupakan Sandokan yang sebenarnya?? Merujuk kepada negeri   yang sama iaitu MARUDU yang sekarang dikenali sebagai Kota Marudu. Jalan cerita, watak-watak, latar masa,       latar tempat semuanya adalah sama atau hampir sama. Ini berikutan Novel Sandokan tulisan Emilio Salgari         hampir merujuk kepada watak Sharif Osman atau Sharif Rum Marudu. (Ada juga pihak di negeri Sabah               mendakwa bahawa  Sandokan adalah moyang mereka dan mereka mengakui bahwa watak dan nama                 Sandokan sebagai wujud dan benar-benar ada)

4) Adakah benar Raja James Brooke merupakan pangkat Mentua Kepada Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)? kerana dinyatakan "wanita Inggeris" merupakan anak saudara kepada Raja James Brooke dan adik ipar Kepada Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Adakah mereka mempunyai kaitan   keluarga?

5) Adakah benar "wanita Inggeris" yang dicintai oleh Sandokan itu juga adalah Adik Ipar Gabenor General             Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ?


No comments:

Post a Comment