Tuesday, June 24, 2014

Syarif Osman (Marudu) - Menurut Pandangan Dr. Bianca Maria Gerlich

Syarif Osman (Marudu) - Menurut Pandangan Dr. Bianca Maria Gerlich

pada 27hb Mac 2014 pukul 3.31 ptg
By Muhammad Aminuddin Bin Abdul Pakar

Siapa Dr. Bianca Maria Gerlich?

Beliau merupakan seorang lulusan University of Hamburg , German.
Ketika dalam pengajiannya beliau telah terpesona dengan “Sandokan” sebuah watak
dari buku novel  "Le Tigri di Mompracem" tulisan  Emilio Salgari dari itali yang telah diterbitkan
pada tahun 1901.

Sandokan sebagai pahlawan petualangan dalam sebuah kisah petualangan
turut diterbitkan dalam surat kabar sekitar tahun 1883 dan 1884. Hal ini telah menarik
minatnya untuk datang ke Kota Marudu, Sabah dan wilayah sekitarnya bagi
mengkaji sendiri kebenaran yang terkandung dalam isi novel tersebut.

Kunjungan pertama ke kota Marudu beliau dikejutkan dengan
banyak penemuan-penemuan penting seperti nama-nama yang terdapat dalam novel tersebut
sememangnya wujud. Penemuan pusara dan sisa kubu pertahanan di muara sungai
kawasan teluk marudu amat mengujakan beliau.

Pada tahun 1993, beliau telah kembali semula ke Kota Marudu
untuk kali yang ke 2 bagi meneruskan kajiannya dengan lebih lanjut.  Penulis sempat bertemu dengan beliau dan
ketika kunjungan tersebut penulis masih kanak-kanak lagi.

Dari kajian yang telah dilakukan, beliau mendapati  “Sandokan” yang terdapat dalam novel tersebut
adalah salah seorang sahabat Syarif Osman atau lebih jelas lagi adalah sekutu
beliau. Nama lain bagi sandokan adalah Sankokong berasal dari Melapi, Sugut.

Antara sumbangan yang telah beliau lakukan ialah menyiarkan
pendapatnya menerusi  jurnal Archipel
(1998) terbitan Perancis. Beliau juga telah menerbitkan buku Marudu 1845: The
Destruction and Reconstruction of a Coastal State in Borneo (2003).

Menurut Bianca lagi, bendera berlambang harimau yang
digunakan oleh Sandokan juga wujud dalam sejarah. Ia sebenarnya bendera rasmi
yang memang digunakan oleh Syarif Osman, termasuk dalam peristiwa 1845.

Dari penulisan novel "Le Tigri di Mompracem" oleh  Emilio Salgari dan kajian yang dibuat oleh Dr.
Bianca Maria Gerlich jelas memihak kepada anak negeri dan bersifat
antikolonial. Wira tidak didendang dan pemimpin yang unggul bagi sebuah
pergerakan pembebasan rakyat yang pantang menyerah kepada penjajah.

Antara yang menarik perhatian penulis adalah catatan yang dikeluarkan
oleh Dr. Bianca Maria Gerlich seperti berikut :

"Syarif Osman has never been a pirate. It was James
Brooke who declared him pirate. With that, he wanted to convince the officers
of the British Navy to destroy Marudu, because it was independent and
uncontrollable by Brooke's protégés in Brunei (Muda Hassim and Pengiran
Bedrudin). Syarif Osman was friend of the ex-Bendahara Pengiran Usop (deposed
by James Brooke who installated Muda Hassim instead in October 1844) and also
friend of the Bruneian heir to the throne and other nobles there as well as of
the heir to the throne of Sulu Datu Buyo, who was brother of Syarif Osman's
wife Dayang Sahaya."

"Syarif Osman has had a lot of connections in today
Sabah region and therefore, Brooke saw him as dangerous. Brooke wanted to
establish a British colony in Labuan and Syarif Osman was a competitor to him.
He was in his way. Brooke wasn't allowed to fight an independent state, so the
only possillity to get rid of Syarif Osman, was to declare him a pirate. With
that (and only with that argument!), he got the help of the British Navy. They
believed him because he was the only English man living here. Brooke even
initiated two letter campaigns to convince the authorities in Malaya, India and
London. "

“I have written a dissertation on Syarif Osman of Marudu, it
was published as a book "Marudu 1845 - The Destruction and Reconstruction
of a Coastal State in Borneo", author Bianca Gerlich. I think some of the
information above goes back to my study. “

“There's is a lot of data and proof of the deeds of Brooke
in my book as well as oral history. “

“One thing I can say to you: It was a black day for Marudu,
that 19th August, 1845. So many people lost their lives because of the action
of one man who systematically defamed Syarif Osman. With that day, Brooke also
erased the memory of Marudu as a kerajaan. "

Sharif Osman, Sharif Rum, Sandokan & James Brooke - Antara Fakta dan Persoalan

Sharif Osman, Sharif Rum, Sandokan & James Brooke - Antara Fakta dan Persoalan

pada 27hb Mac 2014 pukul 5.00 ptg
By Muhammad Aminuddin Bin Abdul Pakar


            "Sharif Osman telah berkahwin dengan Dayang Sahaya @ Cahaya dan dikurniakan seorang anak yang bernama Syarif Merum @ Rum @ Rom. Sementara Dayang Cahaya pula dikatakan anak kepada Sultan Mohammed Pulalon,Sulu dan saudara kepada Raja Muda Datu Mohammed Buyo."

            "Sekutu kepada Sharif Osman iaitu Pangeran Yusop @ Pengiran Usop pula merupakan bapa mertua kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin II."

            "Raja James Brooke datang bertemu Sharif Osman dan mendakwa adik ipar kepada Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah disembunyikan oleh Sharif Osman."

             "Dalam catatan cerita hasil karangan penulis Itali, Emilio Salgari menyatakan Sandokan mencintai seorang wanita Inggeris iaitu anak saudara kepada Raja James Brooke Sarawak. "

Banyak Persoalan Yang Boleh Dikemukakan Menerusi perbandingan catatan James Brooke, Novel tulisan Emilio Salgari dan realitinya Antaranya :-

1)  Siapa sebenarnya Sharif Merum @ Rum @ Rom?

2)  Sharif Osman dikatakan telah terkorban dalam peristiwa pertempuran marudu 1845 itu tetapi mayatnya gagal ditemui. Adakah benar beliau terkorban jika dirujuk Laporan British yanga hanya menyebutkan antara yang   terbunuh semasa pertempuran di Kubu Marudu ialah tiga orang keturunan Arab (Sharif) dan Sharif Osman         hanya cedera. Pihak British mendakwa Sharif Osman akhirnya akan mati berdasarkan maklumat seorang             perempuan yang  ditemui dalam keadaan lemah di Kubu Marudu yang mana perempuan itu mendakwa Sharif     Osman cedera dan telah dibawa keluar dari kubu oleh pengikutnya??

3) Adakah Sharif Rum ataupun Sharif Osman merupakan Sandokan yang sebenarnya?? Merujuk kepada negeri   yang sama iaitu MARUDU yang sekarang dikenali sebagai Kota Marudu. Jalan cerita, watak-watak, latar masa,       latar tempat semuanya adalah sama atau hampir sama. Ini berikutan Novel Sandokan tulisan Emilio Salgari         hampir merujuk kepada watak Sharif Osman atau Sharif Rum Marudu. (Ada juga pihak di negeri Sabah               mendakwa bahawa  Sandokan adalah moyang mereka dan mereka mengakui bahwa watak dan nama                 Sandokan sebagai wujud dan benar-benar ada)

4) Adakah benar Raja James Brooke merupakan pangkat Mentua Kepada Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)? kerana dinyatakan "wanita Inggeris" merupakan anak saudara kepada Raja James Brooke dan adik ipar Kepada Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Adakah mereka mempunyai kaitan   keluarga?

5) Adakah benar "wanita Inggeris" yang dicintai oleh Sandokan itu juga adalah Adik Ipar Gabenor General             Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ?


CHANGES IN BORDER OF SARAWAK, BRUNEI AND NORTH BORNEO (TERRITORY OF SULTAN OF SULU) CIRCA 1872-1881

CHANGES IN BORDER OF SARAWAK, BRUNEI AND NORTH BORNEO (TERRITORY OF SULTAN OF SULU) CIRCA 1872-1881

pada 27hb Mac 2014 pukul 1.05 ptg


1872-1914: evolution of modern-day delineations of territory in Borneo. Expansion of Sarawak, reduction of Brunei, creation of State of North Borneo and absorption by Dutch East Indies of portion formerly administered by Sultan of Bulungan, all from territory of Sultan of Sulu

Sultan Abdul Momin - Baron von Overbeck - Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Dato Bendahara dan Raja Sandakan 1878

Sultan Abdul Momin - Baron von Overbeck - Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Dato Bendahara dan Raja Sandakan 1878

pada 27hb Mac 2014 pukul 12.31 ptg
"Baron von Overbeck as Maharaja of Sabah and Raja of Gaya and Sandakan signed by Sultan Abdul Momin"

"Dato Bendahara and Raja of Sandakan in 1878."

Penaklukan Brunei

Penaklukan Brunei

pada 24hb Mac 2014 pukul 1.21 ptg

1.   Hawang Halak Batatar,
2.   Hawang Simawn,
3.   Patih Barbay (or Marbay),
4.   Patih Mambang,
5.   Patih Tuba,
6.   Patih Sangkuna,
7.   Patih Manggarun,
8.   Patih Malakay,
9.   Patih Pahit,
10. Damang Sari,
11. Patih Sindayung,
12. Damang Libar  Dawn,
13. Hapu Awang,
14. Patih Layla Langkung
15. Awang Jarambak,
16. Si­  Nuay

17. Patih Bantay,
18. Patih Bulu Mata Gajah,
19. Datu Bumbun,
20. Datu  Digayuh,
21. Harimaw Taring,
22. Patih Kidir,
23. Panglima Kujal,
24. Puang,
25. Tuan Sabtu,
26. Datu Sianggu/Siangku.
 =====================================================================

"Simawn mulih, dangan rampasannya, 
Sugud Marudu disinggahinya;
Datu manghantarkan, sakaliannya,
sarta sagala, anak­ buahnya."

"Tampasuk Tawaran, Pahitan layah-­layah,
habis Sulaman, tiada mambantah;
Putatan Manggatal, mambari sudah,
handak kamari, mambari parsambah."

"Sekalian nagri, disingahinya,
Sakali tiada, lagi tinggalnya;
barang malawan, habis dibunuhnya,
barang panakut, dirampasinya."

Brunei Conquests

1.Datu Barambun and His Bajaw and Ilanun from Kinabatangan Set Out to Capture Simawn and Brunei;The Ilanun Are Thoroughly Defeated by the Brunei Heroes

2.After Patih Barbay Advises the Saba Countries Are Evil, Hawang Halak Batatar Calls All His Forces to Attack the Ilanun Countries

3.All the Countries Around Saba Have Submitted to Brunei Authority

4.Simawn and Jarambak Attack and Defeat the Ilanun of Tungku

5.The Forces Travel, Damang Sari Attacks Silam, Jarambak Gets Datu Gadang to Submit

6.Simawn Orders Datu Gadang to theSuluk of Manila to Announce He WillAttack If They Do Not Submit

7.Simawn, Jarambak and Damang Sari Arrive at Suluk Where Datu Kilan Submits to Hawang Halak Batatar

8.Simawn and Damang Sari Send Datu Gadangto Manila where the Bandar Submits to Hawang Halak Batatar

9.Simawn Attacks the Country of Rantungan, Defeating the Kalangan Dusun Under Datu Hilah

10.Simawn, Jarambak and Damang Sari Conquer Kinabatangan

Sa-buah Chatatan Riwayat Hidup Imam Kassam Bin Imam Ali -3

Sa-buah Chatatan Riwayat Hidup Imam Kassam Bin Imam Ali -3

pada 23hb Mac 2014 pukul 12.02 pagi
Untok kita mengetahui barapakah parbalanja'an tiap2 saurang pada tiap sahari kita ingin handak mangatahuinya supaya kita dapat bandingkan dengan pandapat usaha2 kita pada tiap2 hari jika tidak diketahui rahsia ini mimang hidup kita mandarita didalam kamiskinan dan kapapa'an selama lamanya didunnya ini dari kerana ini tidak dihawasi.

Dan dari kerana inilah orang2 barsekolah supaya kehidupannya miwah di dunnya ini selama lamanya dan dari kerana itulah orang2 barsekolah serta rajin dan barusaha bekerja tidak mangisah penat dan lalah, pagi dan petang , malam dan siang , dimasa panas dan sejuk.

Sa-buah chatatan Riwayat Hidup Imam Kassam Bin Imam Ali

Sa-buah chatatan Riwayat Hidup Imam Kassam Bin Imam Ali

pada 22hb Mac 2014 pukul 8.46 ptg
Pada tahun 1955 saya Tuan Imam Kassam Bin Imam Ali Dilantik manjadi Imam di Kampung Tigaman dan saya juga manarima sekaping surat daripada kerajaan sabagai surat kuasah.

Daripada tahun 1960 saya mengajar 10 orang bersembahiang,
1) Partama Tamam Bin Imam Ali
2) Kedua Tumang Bin Awang Basar
3) Katiga Ali Umar Bin Bungkus
4) Hushin Bin Sarail
5) Sarip Mamang Bin Sarip Kadir
6) Sarip Sa'ad Bin Sarip Bakar
7) Abd Rahup Bin Damsik
8) Muhamad Bin Ogong
9) Abd Gani Bin Haji Abd Rahup
10) Abd Karim Bin Haji Abd Rahup

Pada Tahun 1968
------------------

Saya mengajar mangaji Qura'an al karim kapada nama2 yang tersebut dibawa ini
1) Okong
2) Nongkog
3) Mundog
4) Durasin
5) Dusin
6) Yasin
7) Antai
8) Abd Pakar
9) Saleh
10) Sarip Alam
11) Sarip Sa'at
13) Nuala
14) Aninah
15) Gani
16) Karim
17) Latipah
18) Sarinukah