Tuesday, June 24, 2014

SINOPSIS HIKAYAT SIAK

SINOPSIS HIKAYAT SIAK

pada 21hb Mac 2014 pukul 2.24 ptg
by azam hasnizam at 4:08 AM


Cerita dalam Hikayat Siak menceritakan kisah Raja Kecil yang semasa kecil dipanggil Tuan Bujang. Raja Kecil merupakan anak Sultan Mahmud (Sultan Abdul Jalil Syah) yang memerintah Johor Lama. Sultan Mahmud lebih dikenali sebagai Raja Mangkat Dijulan( Marhum Mangkat Dijulang ). Makam baginda masih ada di kampung Makam Kota Tinggi dan diwartakan sebagai lokasi sejarah negeri Johor.


Sultan Mahmud dipercayai merupakan raja dari keturunan Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka yang tewas diserang Portugis. Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka telah melarikan diri ke Kampar , Sumatera dan berkahwin dengan seorang anak raja di sana. Baginda dikurniakan dua orang anak lelaki .


Seorang anaknya berhijrah ke Perak membuka kerajaan di sana dan seorang lagi berhijrah ke Johor Lama (Kota Tinggi) Johor dan membina sebuah negara di panggil Kerajaan Johor. Pemerintahan Johor dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka, sampai kepada Marhum Mangkat Dijulang.


Baginda berkahwin dengan orang kebanyakan iaitu Encik Pung. Encik Apung dikatakan telah hamil akibat tertelan manikam Sultan Abdul Jalin Syah. Baginda mangkat kerana dibunuh oleh Laksamananya sendiri iaitu Megat Seri Rama. Megat Seri Rama bertindak sedemikian kerana isterinya telah dihukum mati kerana memakan seulas nangka yang ingin dipersembahkan kepada sultan.


Hali ini telah menyebabkan MSR bertindak dengan membunuh sultan. Pada ketika itu, Encik Pung sedang mengandungkan Tuan Bujang (Raja Kecil). Sultan Mahmud Mangkat Dijulang tidak mempunyai anak dengan permaisurinya ,( tiada anak gahara) Setelah Marhum Mangkat Dijulang mangkat, Encik Pung berjanji tidak akan menuntut takhta kerajaan Johor daripada Bendahara yang diberi kuasa memerintah kerana Marhum Mangkat Dijulang tiada zuriat daripada anak gahara.


Setelah melahirkan Raja Kecil , Bendahara amat khuatir Encik Pung akan menuntut takhta. Menyedari keselamatan Raja Kecil dalam bahaya, Encik Pung menyerahkan Raja Kecil kepada Temenggung Muar. Akan tetapi ketika Raja Kecil berusia 6 tahun, beliau dibawa berjumpa ibunya tetapi kedatangannya dapat dikesan oleh Bendahara.


Menyedari keselamatannya terancam, Raja Kecil dibawa lari oleh Raja Negara Selat melalui pertolongan Nakhoda ke Palembang dan akhirnya dibawa ke Pagaruyung dan bertemu dengan kaum keluarganya dan dipelihara oleh Puteri Jilan iaitu keluarga Raja Kecil yang berpangkat nenek kepada Raja Kecil. Baginda dibesarkan dengan nama Tuan Bujang.


Tuan bujang telah berkahwin dengan anak Dipati Batu Kucing. Selain itu, berdasarkan niat Puteri Jilan beliau ingin berperang dengan Johor untuk tujuan membalas dendam diatas kematian ayahandanya serta merampas kembali takhta kerajaan Johor yang sememangnya milik beliau. Setelah sampai di Johor, Raja Kecil (Tuan Bujang) mendakwa kepada penduduk Johor bahawa beliau merupakan anak kepada Marhum Mangkat Dijulang.


Tetapi ternyata mereka tidak mempercayai kata-kata beliau melainkan beliau dapat membuktikan kebenaran daulatnya sebagai putera Marhum Mangkat Dijulang. Namun setelah beliau berjaya membuktikan daulatnya, akhirnya seluruh rakyat Johor berpuas hati.


Beliau segera dilantik menjadi Yang Dipertuan Johor, bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Semasa beliau menjadi Yang Dipertuan Johor, beliau telah berkahwin dengan anak Bendahara iaitu Tengku Kamariah, walaupun sebenarnya baginda telah pun mengikat tali pertunangan dengan kakanda kepada Tengku Kamariah iaitu Tengku Tengah.


Sebelum kejadian Yang Dipertuan Johor ingin menyerang Johor dan mendapatkan kembali takhta kerajaan, beliau telah meminta bantuan dari Daheng Parani, oleh itu, Daheng Parani telah menuntut kembali janji baginda terhadapnya dulu. Tetapi baginda telah menolak permintaan tersebut. Hal ini telah menyebabkan wujud sikap ketidakpuasan hati Daheng Parani terhadap baginda.


Selain itu, Tengku Tengah turut menyimpan dendam yang sama terhadap YDPJ kerana malu baginda telah berkahwin dengan adindanya walaupun mereka telah bertunang. Tengku Tengah telah meminta bantuan daripada Raja Sulaiman untuk membalas segala dendamnya terhadap YDPJ.


Mereka telah berkomplot dengan Daheng Parani dan bertindak untuk menculik Tengku Kamariah dan mencetuskan peperangan. Hal ini, telah menyebabkan YDPJ melarikan diri ke Riau. Daheng Parani pun datang menyerang Riau.


Pada masa yang sama di Kedah, telah berlaku perbalahan diantara dua orang putera raja, untuk merebut pucuk pemerintahan. Anak yang tua telah meminta bantuan dari Daheng Parani, manakala adindanya telah meminta bantuan dari Yang Dipertuan Siak, Raja Kecil.

Hal ini telah menyebabkan berlakunya peperangan yang berlarutan diantara Daheng Parani dengan Yang Dipertuan Johor atau Siak iaitu Raja Kecil. Peperangan ini berlaku selama dua tahun dan diakhiri dengan kematian tragsis Daheng Parani, dan adinda Raja Kedah telah berjaya menaiki takhta.


Tengku Kamariah telah meninggal dunia dan telah menyebabkan Raja Kecil jadi tidak siuman. Takhta kerajaan telah digantikan oleh anakanda baginda iaitu Raja Alam. Namun, telah berlaku perebutan takhta kerajaan di antara Raja Alam dengan adindanya Tengku Mahmud. Akhirnya, Tengku Mahmud iaitu (anak yang gahara) menjadi raja kerana dibantu oleh bapa saudaranya iaitu Raja Sulaiman.


Sultan Mahmud Syah telah berangkat ke Riau dan semua puteranya ditinggalkan di Siak. Di Riau tersebar cerita mengenai pembunuhan Tengku Akil menyebabkan yang telah Sultan Mahmud Syah murka lalu telah berbincang dengan bapa saudaranya, Raja Sulaiman untuk menyrang Siak.

Hal ini telah diketahui oleh Raja Alam iaitu saudara Sultan Mahmud Syah. Tengku Muhammad Ali, Putera Raja Alam telah berkahwin dengan puteri sulung Sultan Mahmud Syah. Telah berlaku peperangan antara Raja Alam dengan Sultan Mahmud Syah, akhirnya Raja Alam dapat dikalahkan dan Sultan Mahmud Syah berjaya berkerajaan di Siak.
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah, Kompeni Belanda telah datang ke Siak dan meminta kebenaran untuk membina loji perniagaan di Pulau Gontong. Semasa Belanda tinggal di Siak mereka telah melakukan perbuatan yang tidak elok pada gadis-gadis di kampung.

Hal ini telah menyebabkan, SMS bertindak menyerang Melaka. Kemudiannya baginda melancarkan serangan ke atas Siak dan berjaya mengusir Belanda dari Siak serta berjaya membunuhfetor Belanda di situ.
Semasa Raja Alam memerintah di Siantan, beliau telah diserang oleh Raja Sulaiman dari Riau.

Dalam peperangan tersebut Raja Alam telah bertindak dengan meminta bantuan dari Siak. Tetapi, SMS tidak ingin ,menghulurkan bantuan kepada Raja Alam, baginda menasihatinya supaya berundur sahaja dari Siantan. Kemudian, SMS pun mangkat, takhtanya telah diganti pula oleh puteranya iaitu Tengku Ismail.

Ketika itu, Raja Alam telah berpakat dengan Belanda untuk menyerang Siak. Peperangan ini telah mengambil masa selama enam bulan lamanya. Dalm perang tersebut Siak telah berjaya dikalahkan.

Setelah kalah, Yang Dipertuan Siak telah berundur ke Tambelan. Pada masa yang sama, Riau telah dikuasai oleh Daheng Kemboja iaitu orang yang berasal dari puak Bugis yang ingin menghapuskan jurai keturunan raja yang berasal dari orang Melayu.

Hal demikian telah menyebabkan Temenggung Johor meminta bantuan dari Terengganu dan Pahang. Raja Siak telah berangkat ke Tambelan dan Kelantan dan bersetuju untuk menyerang Bugis. Peperangan telah meletus di antara oatan Bugis dengan orang Siak yang diketuai oleh Tengku Abdullah dan Tengkau Abdul Rahman. Dalam peperangan tersebut Siak telah dikalahkan lagi.


Kemudian, YDS telah berlayar ke Buantan, Mampura, Retih, Kuala Jambi dan akhirnya baginda tinggal di Palembang. YDS telah menolak permintaan Raja Haji untuk menyerang Palembang dan juga menolak permintaan Sultan Jambi untuk menyerang loji Belanda.

Tetapi, YDS berhasrat ingin menyerang Mempawah. Mempawah dapat dikalahkan dan putera-putera Raja Siak bermohon diri untuk meneruskan perjalanan ke Terengganu. YDS (Raja Ismail) telah berkahwin dengan puteri Yamtuan Terengganu, di Terengganu.


Semasa berlakunya peperangan antara Kelantan dan Terengganu, orang Siak telah membantu Terengganu di dalam peperangan tersebut. Akhirnya Terengganu telah berjaya mengalahkan Kelantan. Mereka telah merajakan Tengku Muhammad.
Sultan Ahmad Abdul Jalil Syah (Raja Ismail) telah pun mangkat lalu diganti oleh Tengku Sulung. Belanda pula cuba untuk menyerang Riau tetapi tidak berjaya. Mereka pun kembali ke Melaka. Raja Haji ingin menyearng balas tetapi tidak jadi keran Belanda di Melaka merupakan sahabat Riau.


Raja Haji telah meninggal dunia dan telah diganti oleh Raja Ali, sebagai Yamtuan Muda Riau. Yamtuan Muda Ali pergi ke Melaka merancang untuk menyerang Selangor, bersama Sayyid Ali. Selangor telah dapat dikalahkan lalu dilantiknya Sayyid Ali sebagai Yamtuan Selangor.


Kemudian Yamtuan Muhammad Ali kembali ke Siak.Berlaku banyak peperangan yang dilancarkan oleh Sayyid Ali. Sayyid Ali bertindak dengan menyerang Senggora dan Terengganu kerana ingin mempertahankan Siak daripada diserang oleh mereka. Namun, kedua-dua pihak ini dapat didamaikan oleh Yamtuan Lingga.


Pada masa yang sama juga, Sayyid Abdul Rahman telah berjaya mengalahkan Simpang seterusnya mengajak Sayyid Ali melanggar Sambas. Selain itu, di Kuala Cerucuk Sayyid Ali berperang dengan Ki Agus Serbudin dan berjaya mengalahkannya. Kemudian dengan bantuan Sayyid Abdul Rahman dan orang Pontianak Sayyid Ali Sambas, tetapi ramai panglima Sayyid Ali mati dan mereka berundur ke Pontianak dan Tambelan.
Yamtuan Muhammad Ali telah membenarkan Sayyid Ali melanggar Pertapahan dan berjaya. Tetapi, kemudiannya Bendahara Pertapahan telah meminta bantuan dan akhirnya Sayyid Ali kalah. Yamtuan Muda berasa malu dan menyuruh Sayyid Ali menyerang lagi. Kemudian mereka berdamai.

Berikutnya, Tengku Abdullah kembali ke Kampar dan mengisahkan pengalamannya semasa berada di Bulang, kepada Yamtuan Muda Siak, iaitu Tengku Ibrahim. Beliau kemudiannya membenarkan Tengku Abdullah pergi dengan janji bahawa Tengku Ibrahim akan menanti Tengku Tua di Palembang.

Yamtuan Siak, Tengku Muhammad Ali, gering dan mangkat lalu dikebumikan di Pekan Baru. Sayyid Ali mengatakan bahawa dia Cuma mahu berpindah dari Bukit Batu. Yamtuan Muda Siak tidak percaya lalu mengarahkan orang membina kubu.

Dengan tipu helahnya, Sayyid Ali dapat mempengaruhi Yang Dipertuan Besar, dan kemudiannya bercadang menyerang Kampar. Yamtuan Muda cuba menghalang. Tengku Besar yang baru sedar akan kesilapannya meminta bantuan perahu dan tentera dari Lingga.

Dengan bantuan Lingga dan juga Kampar, Tengku Tua mengetuai pasukan Siak, memerangi pasukan Sayyid Ali, yang akhirnya kalah dan terpaksa berundur ke Siak. Setelah Kampar kalah, pembesar-pembesar dan kerabat raja semuanya berundur ke Inderagiri.


Yamtuan Muda meminta meriam dan ini membawa kepada permusuhan dan pertentangan di anatara Yamtuan Muda dengan Tuan Besar, yang akhirnya berjaya dibunuh. Orang-orang Dayak turut menentang Yamtuan Muda, sultan Pontianak menyuruh orang mencari jenazahYamtuan Muda dan beberapa orang lagi, berundur ke hutan. Kemudian Yamtuan Muda bertemu lanun dan berjaya memperdayakan mereka.

Anak-anak perahu Panglima Senang mengenali Yamtuan Muda dan memeberitahu Panglima Senang yang akhirnya mengambil Yamtuan Muda. Lanun marah. Ini menyebabkan Panglima Senang mengisahkan hal yang sebenarnya mengenai Yamtuan Muda. Panglima Senang belayar untuk bertemu dengan ayahandanya dan akhirnya beliau menetap di Belitung.
Tengku Akil juga belayar ke beberapa tempat untuk berdagang. Di Pulau Ara, beliau telah memberikan afiun (candu) kepada Panglima Raja lalu berlayar pula ke Lingga. Dia juga membawa Tengku Kecik Muda dan Tengku Sulung Muda untuk menemui Yamtuan Sambas.

Setahun kemudian, Tengku Akil belayar ke Tambelan bersama Tengku Simbok untuk bertemu ayahandanya, Tengku Mahmud. Seterusnya, bersama-sama dengan Tengku Mahmud, Tengku Akil belayar pula ke Karimata dan Kotaringin.

Setelah mendapat bekalan makanan, Tengku Akil belayar pula ke Bawal, kemudian pergi ke Belitung untuk mendapatkan Tengku Muhammad Tahak dan akhirnya kembali ke Lingga. Panglima Raja hendak melanggar Cerucuk.

Adipati pula meminta bantuan dari Tengku Akil. Dengan bantuan Tengku Muhammad Tahak, Panglima Raja dikalahkan. Seterusnya, Encik Wan Muhammad pula hendak melanggar Mapar. Sultan Lingga menghantar bantuan dan mengalahkan Encik Wan Muhammad. Tengku Akil kemudiannya membantu Kornel Raffles membawa Raden Keling menemui Mejar Robson kerana kesalahannya menjual tanah kepada orang Pontianak.
Mejar Robson dan Adipati Belitung berangkat ke Muntok dengan dikuti oleh Tengku Akil, Raden Keling dan kapitan (nakhoda) kapal. Apabila tiba di Pulau Kalamambang, Tengku Akil menyuruh mereka berlabuh dan memerintahkan Raden Keling agar turun ke darat dan mudik Sungai Cerucuk, untuk pergi ke Tabualih bersama kapitan kapal.

Tengku Akil dan Mejar Kot marah lalu menyerang Adipati Belitung dengan bantuan Mejar Kot tetapi mereka dihalang oleh angin ribut.

Akhirnya, dengan bantuan anak Raja Minangkabau, Adipati Belitung berjaya dibunuh. Dalam pada itu, orang Belanda kembali ke tanah Jawa. Mejar Kot dan Tengku Ali berangkat ke Betawi untuk berunding dengan Belanda, tentang pemulangan tanah Belitung.

Jeneral Van der Capellan meminta supaya hal ini dirujuk kepada Residen Inggeris di Muntok. Tengku Akil menemui residen dan berbicara dengannya.

Idelir Menteng datang dari Batawi, dan disambut dengan tembakan meriam. Tengku Akil berkunjung ke rumah Idelir Menteng, membawa surat Pangeran Karmadiraja. Tengku Akil pun memberitahu Karma, yang beliau disuruh oleh Idelir Menteng melihat kapal, sekiranya sudah sampai. Selepas itu, Idelir Menteng menyuruh lagi pergi ke Songsang.
Idelir Menteng mangajak Tengku Akil berangkat ke Palembang dan didapati bahawa Tengku Simbok sudah berada di sana. Pada suatu malam, berlaku kebakaran ketika Tengku Akil sedang menonton wayang, Lantas, beliau dimarahi oleh Idelir Menteng.

Diperolehi khabar bahawa pasukan Inggeris sudah menghilir. Oleh itu, Idelir Menteng mengumpulkan orang-orangnya dan pengeran-pengeran untuk berjaga-jaga. Belanda ingin berkompromi dengan Inggeris supaya peperangan dapat dielakkan. Idelir Menteng mudik ke Hulu Muara Beliti untuk menemui Inggeris.
Tengku Akil dan Tengku Said dijemput oleh orang Minangkabau, melawat negeri mereka. Beberapa ketika berada di Selangit sampai berita bahawa Raja Pagaruyung ditangkap oleh Belanda, lalu Tengku Akil pergi menemui Idelir Menteng di Beliti. Dewasa itu, Idelir Menteng telah menahan seorang Minangkabau.

Tetapi tindakan tersebut tidak disukai oleh Tengku Akil, demi untuk memelihara hubungan antara mereka. Justeru itu, bersama putera-puteranya, Tengku Said, Panglima Perang dan anak Raja Minangkabau, mereka pun belayar ke Selangit.

Selepas itu, kedengaran pula berita, bahawa orang-orang Minangkabau telah menyerang Idelir Menteng, di Beliti. Serangan itu dihentikan dengan kemunculan Tengku Akil.

Selepas itu, Tengku Akil, Tengku Said dan Idelir Menteng berangkat ke Muara Beliti. Di sana, Pangeran Semangun telah membawa 300 orang askar, dengan niat hendak menipu. Tetapi, hal ini disedari oleh Tengku Akil dan beliau telah menasihat Idelir Menteng supaya jangan menerima tawaran Pangeran Semangun.


Idelir Menteng dan pengikutnya pergi pula ke Musi. Di Kuala Rawas dengan bantuan Tengku Akil, dia berjaya menawan Benteng. Kemudian, dia ke hilir, lalu bertemu Tengku Simbok, Tengku Celak dan Tengku Mansor. Mereka juga berjumpa bidar yang membawa surat sultan, untuk diberi kepada seorang orang hulu, supaya membunuh Holanda, dan memaksa Idelir mengadap sultan.

Hal ini menyebabkan berlakunya peperangan. Pada awalnya, putera sultan, iaitu Pengeran Ratu, mencapai kemenangan. Tetapi, kerana bantuan Tengku Simbok dan seldadu Belanda, akhirnya Palembang ditewaskan. Peperangan terus berlaku di antara Belanda, yang dibantu oleh Tengku Akil, dengan saudara-saudaranya di Lingga, Palembang dan Pulau Beringin.
Belanda menaikkan gaji Tengku Akil dan para pengikutnya. Tentangan diberikan oleh orang-orang Selat Lipar dan Tabualih di bawah pimpinan Raden Keling. Belanda berjaya mengalahkan Palembang dan membawa sultannya ke Betawi. Kesannya, ialah perdagangan bertambah maju di Palembang dan di Pulau Bangka.

Selepas itu, berlaku pula beberapa siri peperangan di Puntianak. Belanda terpaksa membina benteng di Sambas. Akhirnya, Belanda berjaya menawan Karimata dan Kayung. Raja Akil yang menetap di Sikudana, dijadikan Panembahan dan kemudian diangkat menjadi sultan lalu digelar Sultan Abdul Jalil Syah.

Di antara yang berpindah ke Sekudana ialah Encik Yahya bersama-sama 30 orang-orangnya, termasuklah Khatib Uban, Tengku Seha, Tengku Anum dan Kyai Sampit. Pangeran Mangkurat, Pangeran Wira Kesuma dan Pangeran Cakra juga datang menetap di Sikudana.

Oleh sebab Raja-raja di Matan enggan mengikut perintah Sultan Abdul Jalil Syah, maka sultan mencadangkan, agar mereka mengadap saja Van den Bosch, di Betawi. Akhirnya, Raja-raja Matan bersetuju mengikut perintah Sultan Sikudana. Kemudian negeri Matan enggan memberikan hasil Kayung kepada Sultan Abdul Jalil. Residen Puntianak pula tidak mempedulikan sultan.

Sementara itu, sultan menyuruh Tengku Besar pergi ke Betawi, untuk memulangkan kontrak. Kemudian, sultan bertemu dengan Jeneral dan Tuan Merkus. Tuan Merkus kemudiannya menjadi Gabenor Jeneral Betawi.
Istana Sultan Abdul Jalil Syah dipanah halilintar. Menyebabkan harta binasa dan banyak nyawa terkorban. Sultan meminta bantuan residen untuk mendirikan istana yang baru. Beberapa tahun kemudian, baginda mangkat dan digantikan oleh puteranya, Tengku Anum, yang menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Panembahan Anum Sikudana. Adinda baginda pula, Tengku Panglima Besar, dijadikan ketua di Pulau Karimata.

Sumber : http://azamhasnizam.blogspot.com/2013/01/sinopsis-hikayat-siak-cerita-dalam.html

No comments:

Post a Comment