Tuesday, June 24, 2014

RAJA ISMAIL PEMERINTAH TEMPASUK 1760-AN

RAJA ISMAIL PEMERINTAH TEMPASUK 1760-AN

pada 18hb Mac 2014 pukul 5.03 ptg
RAJA ISMAIL PEMERINTAH TEMPASUK 1760-AN

Oleh: Milus Aloh

Baginda merupakan ketua pemerintah di Tempasuk sekitar tahun1700-an yang berpusat di Matampai. Matampai merupakan pusat pemerintahan RajaIsmail yang terletak berhampiran dengan Sungai Tempasuk. Sungai ini dipilihberdasarka kedudukannya yang tidak jauh daripada Laut China Selatan. Adabeberapa sumber menyatakan bahawa Sungai Tempasuk dipilih kerana kedudukanmuara sungai ini yang sukar untuk dimudiki oleh pihak musuh, di mana perananombak yang menjadi penghalang kepada sesiapa sahaja untuk masuk melalui sungaiini turut diberi perhatian dan hanya orang yang mahir sahaja boleh memasukinya.Hujah ini ada kekuatannya, kerana menurut beberapa orang sarjana barat sepertiOwen Rutter dan James Warren, orang Iranun adalah antara etnik yang mempunyaikemahiran di laut serta mempunyai kecekapan yang tinggi. Oleh itu, kedudukanMatampai sebagai pusat pentadbiran Raja Ismail adalah amat sesuai dan bertindaksebagai benteng pertahanan yang boleh membantu Raja Ismail menghadapimusuh-musuhnya.

Pentadbiran baginda di Tempasuk adalah dibantu olehanak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda Umak di samping beberapapembesar beliau yang dikenali sebagai Datuk Sikiolo dan Tok Lukus. Menurutsumber keluarga ini, wilayah Tempasuk pada masa itu meliputi Kuala SungaiTuaran dan Teluk Marudu. Hujah ini juga mempunyai kekuatan kerana semasaPretymen dihantar ke Tempasuk sebagai residen pada tahun 1879, maka pada masaitu Tempasuk dianggap oleh barat sebagai sebuah kerajaan atau negeri.Antaraperanan yang disumbangkan oleh Raja Ismail di nusantara ialah membantu SultanMahmud Shah menyerang Belanda di Riau Johor. Peristiwa ini berlaku pada tahun1781, di mana Sultan Mahmud Shah yang memerintah Riau Johor pada ketika itutelah menghantar utusan yang bernama Encik Talib ke Tempasuk untuk menyampaikanpermintaan baginda kepada Raja Ismail, agar Tempasuk menghantar bantuanketenteraan untuk menyerang Belanda di Tanjung Pinang. Baginda Sultan MahmudShah juga menyatakan bahawa Raja Tempasuk tersebut ada kaitan kekeluargaandengan beliau. Maka itu, baginda Sultan Mahmud Shah tidak segan-silu untukmemohon bantuan ketenteraan daripada orang Iranun di Tempasuk untuk mengusirBelanda di Tanjung Pinang. Oleh kerana permintaan ini datang daripada SultanMahmud, maka Raja Ismail sendiri telah mengetuai angkatan tentera Tempasuk yangberjumlah sekitar lebih tiga puluh buah kapal dan perahu. Menurut sumbertempatan ukuran kapal mereka ini lebih kurang sembilan puluh kaki panjang yangboleh membawa enam puluh tan muatan dan boleh memuatkan seramai lebih saturatus lima puluh orang.Perjalanan mereka ke Riau Johor tidaklah memakan masayang lama kemahiran di laut membantu angkatan itu sampai dengan segera. Kapaldan perahu ini dilengkapi dengan peralatan senjata seperti meriam atau lebihdikenali sebagai ‘laila’, bersandarkan kekuatan dan kecekapan, maka tenteraRaja Ismail pun belayar di Laut China Selatan, Perjalanan mereka ini tidakmenghadapi masalah dan mereka sampai ke Riau Johor dengan selamat.Apabila RajaIsmail dan tenteranya sampai di Riau Johor, maka mereka diberi taklimatberkaitan kedudukan pihak Belanda di Tanjung Pinang. Setelah itu tentera Iranunpun bersiap sedia menyerang kedudukan Belanda di Tanjung Pinang, dan dalamserangan ini orang Iranun telah berjaya mengalahkan Belanda dan ramai tenteraBelanda yang terkorban dan dalam serangan tersebut difahamkan Raja Ismail jugaturut terkorban kerana semasa majlis meraikan kemenangan itu Raja Ismail tidaklagi disebut sebagai ketua yang diraikan, tetapi yang disebut hanya anak-anaknyaiaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda.

Angkatan ini telah diberi persalinan oleh Sultan Mahmudsebagai menghargai bantuan Tempasuk terhadap baginda dan peristiwa inidinyatakan berlaku pada 1215 hijrah.Selepas itu, Raja Tebuk dan Raja Alammemohon untuk kembali ke Tempasuk, manakala Raja Muda Umak, Datuk Sikolo danTok Lukus menetap di Riau Johor untuk memperhambakan diri kepada baginda SultanMahmud. Menurut sumber keluarga Raja Tebuk, Raja Alam tidak kembali ke Tempasuktetapi beliau telah mengembara di kepulauan Nusantara. Faktor ini disebabkanRaja Ismail telah tiada dan pewaris seterusnya terhadap pentadbiran di Tempasukdiserahkan kepada Raja Tebuk. Maka Raja Tebuk pun memerintah Tempasuk dengan memakaigelaran sebagai Sultan Satebuk.Selain itu, pentadbiran Raja Ismail di Tempasukjuga ada kaitannya dengan kegiatan merompak kapal-kapal dagang barat yangmemasuki perairan Nusantara. Kedudukan Kuala Tempasuk yang sukar dimudikimerupakan strategi Raja Ismail untuk mengelak serangan balas daripada pihakmusuh. Serangan Datu Tating ke atas Pulau Balambangan pada 5 Mac 1775 telahmelibatkan pengikut Raja Ismail, di mana seramai 300 orang etnik Suluk danIranun telah menyerang pulau tersebut dan persefahaman antara dua etnik initelah menggugat kedudukan Syarikat India Timur Inggeris (EEIC) yang cubamenjadikan Pulau Balambangan sebagai pusat perniagaan penting seperti Singapura(1819), Pulau Pinang (1786) dan Melaka (1824) (Baszley Bee, 2004:51). Semasa seranganini pihak EEIC yang mempunyai kekuatan tentera seramai 100 orang dan dua buahkapal iaitu Endavor dan Pheonix telah mengalami kekalahan teruk dan banyakkemusnahan yang berlaku (Baszley Bee, 2004: 55). Akibatnya pulau Balambangantelah ditinggalkan oleh pihak EEIC kerana kedudukannya yang tidak selamat danberada di wilayah yang mana masyarakatnya sangat kuat menentang Barat. MenurutDatu Tumai, orang Iranun merupakan salah satu etnik di Nusantara yang amataktif menentang imperialism Barat. Manakala di Tungku orang Iranun juga turutmelakukan penentangan, di mana penentangan ini diketuai oleh Raja Laut yangmenyerang kapal-kapal Sepanyol dengan kekuatan tentera sekitar 1000 orang(Warren, 2002:160).Keterlibatan Raja Ismail serta orang Iranun Tempasuk ketikaserangan Pulau Balambangan diperkuatkan melalui pertemuan antarapelayar-pelayar Iranun dan Suluk di Tanjung Simpang Mengayau. Menurut PinjamanHasin, para pengembara atau pelayar Iranun dan Suluk akan bertemu di TanjungSimpang Mengayau untuk merancang strategi bagi menyerang kapal-kapal barat yangmemasuki perairan Nusantara.

Sumber-sumber sedia ada seperti yang dijelaskan oleh OwenRutter, James Warren dan bebarapa penulis barat amat berkait dengan sumbertempatan.Menurut beberapa catatan bahawa Raja Satebuk juga turut terlibatmerancang menyerang kedudukan Francis Light di Pulau Pinang yang dibuka 1786.Selepas peristiwa Riau Johor 1781, di mana kerajaan Kedah pada masa itu beradadi bawah pentadbiran Sultan Abdullah telah mendapat maklumat berkaitan seranganorang Iranun ke atas Belanda di Raiu Johor, yang mana Belanda dapat ditewaskanoleh orang Iranun, maka baginda menawarkan kepada orang Iranun untuk menyerangFrancis Light di Pulau Pinang bagi menggagalkan hasrat barat menguasai PulauPinang untuk dijadikan sebagai pusat perniagaan penting. Kerajaan Kedah sanggupmembayar $20,000.00 kepada etnik Iranun. Tawaran ini telah diterima oleh RajaSatebuk dan mereka berkampung di Sungai Perak bagi menunggu arahan sultan(Warren: 2002:61). Namun serangan ini tidak diteruskan dan orang Iranun kembalike Tempasuk. Orang Iranun mengawal perairan Utara Borneo (Leigh Wright:1981:7),di mana Tempasuk merupakan pusat kegiatan utama mereka. Keadaan ini berlakuadalah disebabkan oleh peranan politik di sekitar nusantara terutama ancamanbarat terhadap kuasa-kuasa tradisional yang sedia ada.Peranan Raja Satebukterhadap pentadbiran Tempasuk telah berjaya mengekalkan penguasaan mereka dilaut sehingga gelaran lanun atau perompak laut menjadi sinonim dengan orangIranun. Beberapa tindakan Raja satebuk dilihat sebagai mengancam kedudukankuasa-kuasa barat, antaranya serangan Raja Satebuk terhadap Ambong pada 1880an.Akibat tindakan tersebut Raja Brooke yang menguasai Sarawak pada masa itu telahmenghantar pegawainya untuk menyiasat serangan tersebut (Ivor Evan:1922:261).Apa yang jelas Kuasa Tempatan Iranun di Tempasuk telah banyakmenyumbang kepada kegiatan menentang kuasa barat yang menjajah negeri-negeriMelayu di nusantara.

Walaupun ada sesetengah dakwaan ahli sejarah barat, bahawaetnik Iranun adaalah golongan perompak laut atau ‘Lanun’ yang terlibat dalamperdagangan manusia iaitu hamba. Namun usaha etnik ini mengekang imperialismebarat amat mendapat perhatian kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Sepanyol,Belanda dan British. Kuasa-kuasa barat ini telah menghadapi tentangan sengitdaripada etnik Iranun terutama ketika berlaku pertembungan di laut. Kesanterhadap penentangan ini, pihak barat telah mengalami kerugian serta korbanbesar. Pihak barat juga terpaksa melipatgandakan kekuatan pertahanannya untukberhadapan dengan etnik Iranun terutama di lautan. Akibatnya juga etnik Iranunterus menjadi buruan dan ada yang menukar identiti mereka untuk tujuankeselamatan.
Dicatat oleh Watababai di 10:21 PTG

sty��lnp?��= 18px;">

Walaupun ada sesetengah dakwaan ahli sejarah barat, bahawa etnik Iranun adaalah golongan perompak laut atau ‘Lanun’ yang terlibat dalam perdagangan manusia iaitu hamba. Namun usaha etnik ini mengekang imperialisme barat amat mendapat perhatian kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan British. Kuasa-kuasa barat ini telah menghadapi tentangan sengit daripada etnik Iranun terutama ketika berlaku pertembungan di laut. Kesan terhadap penentangan ini, pihak barat telah mengalami kerugian serta korban besar. Pihak barat juga terpaksa melipatgandakan kekuatan pertahanannya untuk berhadapan dengan etnik Iranun terutama di lautan. Akibatnya juga etnik Iranun terus menjadi buruan dan ada yang menukar identiti mereka untuk tujuan keselamatan.

No comments:

Post a Comment