Tuesday, June 24, 2014

KUASA TEMPATAN DI TEMPASUK (1781-1879)

KUASA TEMPATAN DI TEMPASUK (1781-1879)

pada 18hb Mac 2014 pukul 4.59 ptg
KUASA TEMPATAN DI TEMPASUK (1781-1879)
Tempasuk mempunyai sejarah silam yang amat terpenting diNusantara pada suatu ketika dahulu. Nama Tempasuk amat terkenal dalam kalangankerajaan-kerajaan yang wujud di Nusantara seperti kerajaan Melayu Melaka,Acheh, Johor Riau, Kedah, Brunei, Sulu dan beberapa kerajaan yang wujud padaseawal abad ke-15 dan hinggalah ketika kedatangan kuasa barat seawal tahun1500-an, iaitu Portugis, Belanda, Inggeris, dan Sepanyol.


Kemunculan Tempasuk sekitar tahun 1700-an adalah didorong oleh aktiviti yangamat sinonim dengan masyarakat Iranun iaitu kegiatan 'perlanunan di perairanNusantara'. Kegiatan ini menjadikan masyarakat Iranun amat dikenali olehkuasa-kuasa tradisional di seluruh Nusantara. Masyarakat ini amat aktif dalamkegiatan merompak di perairan Selat Melaka, Laut Sulu dan Laut China Selatan.Menurut Ahmad Jelani Halimi, istilah 'lanun'adalah disinonimkan oleh orangMelayu dengan kegiatan etnik Iranun sebagai 'perompak laut'. Menurut beliaulagi, orang Iranun amat aktif dan mereka menyerang perkampungan untukmendapatkan harta serta hamba abdi yang akan diniagakan. Owen Rutter juga turutmenyatakan tentang kegiatan 'merompak di laut' oleh masyarakat Iranun ini dalambuku beliau 'The Pirate Wind'.

Beberapa pandangan ahli sejarah sama ada tempatan dan luar, menyatakan bahawaorang Iranun adalah berasal dari Pulau Mindanao. Oleh kerana orang Iranun inisuka mengembara di laut atau di sebut 'pelayag-layag', maka mereka telahmembuka beberapa kawasan baru di Utara Borneo seperti, Kudat, Tungku danTempasuk sebagai penempatan baru.

Penempatan Iranun di Tempasuk disebabkan oleh kedudukannya yang berhampirandengan pantai serta muara sungai Tempasuk yang amat strategik sebagai pusatkegiatan mereka. Pada tahun 1781, Tempasuk dikuasai sepenuhnya oleh orangIranun dan ketuanya dikenali sebagai Raja Ismail. Semasa berlaku peperanganantara Sultan Mahmud dengan pihak Belanda di Riau Johor, maka Sultan Mahmudtelah memohon bantuan daripada Raja Ismail untuk menyerang Belanda di TanjungPinang. Menurut Sultan Mahmud, Raja Ismail ada kaitan kekeluargaan denganbeliau, dan dengan sebab itulah Sultan Mahmud tidak teragak-agak untuk memintabantuan daripada raja Tempasuk iaitu Raja Ismail. Baginda telah mengutus EncikTalib ke Tempasuk bagi menyampaikan hasrat tersebut.

Oleh kerana hubungan yang sedia ada antara Tempasuk dan Riau Johor, maka RajaIsmail pula tidak menolak permintaan Sultan Mahmud dan mengarahkan parapengikutnya untuk berangkat ke Johor dengan kekuatan lebih tiga puluh buahperahu dan kapal. Raja Ismail bersama dengan tiga orang anaknya iaitu RajaTebuk, Raja Alam berserta isterinya Raja Aisyah dan Raja Muda Umak dan DatuSikolo serta Tok Lukus merupakan para pembesar yang turut serta. Menurutcatatan dalam Tuhfat al-Nafis, serangan tersebut berlaku pada 1215 hijrah.

Dalam serangan itu, tentera Sultan Mahmud dan Raja Ismail telah mengalahkanBelanda, tetapi ketika Sultan Mahmud meraikan kemenangan itu beserta tenteraIranun dari Tempasuk yang diraikan bersama pembesar Iranun iaitu Raja Tebuk,Raja Alam dan Raja Muda Umak sahaja yang hadir, manakala Raja Ismail tidakdisebut dalam majlis tersebut. Ada kemungkina n Raja Ismail telah terkorbandalam serangan tersebut.

Setelah selesai majlis tersebut, Raja Tebuk dan Raja Alam kembali ke Tempasuk,manakala Raja Muda Umak dan Tok Lukus menetap di Riau Johor untuk memberiperlindungan terhadap Sultan mahmud. Menurut sumber tempatan Raja Alam tidakikut balik ke Tempasuk, tetapi beliau mencari penempatan baru. Manakala RajaTebuk kembali ke Tempasuk dan menggantikan ayahanda beliau Raja Ismail sebagaiketua atau raja baru di Tempasuk.

Raja Tebuk atau dikenali juga sebagai Sultan Sa Tebuk telah mengetuaimasyarakat Iranun di Tempasuk dan adalah difahamkan Raja Tebuk menetap diMatampai atau sekarang dikenali sebagai Kg. Kota Peladok. Semasa Raja Tebukberkuasa di Tempasuk, beliau telah menyerang Ambong yang pada ketika itu dibawah kekuasaan Raja Brooke. Setelah Raja Brooke mengetahui serangan Raja Tebukitu, maka beliau telah menghangtar utusan bagi mendapat penjelasan mengapa RajaTebuk menyerang Ambong. Antara alasan Raja Tebuk ialah berlaku kekecohan antaraorang Iranun dan penduduk Ambong sendiri, maka itu, Raja Brooke tidak mengambilapa-apa tindakan ke atas Raja Tebuk. Peristiwa ini dijelaskan oleh Ivor H. Evandalam bukunya 'Among Primitive Peoples in Borneo'.

Dalam masa yang sama wujud juga kuasa tempatan di Pandasan yang diketuai olehMirajah Dinda, namun kuasa ini juga adalah tertakluk dalam kuasa Tempasuk yangdiketuai oleh Raja Tebuk selepas bapanya Raja Ismail. Pengaruh Raja Tebuk inidapat dilihat apabila Sultan Mahmud mengiktiraf kedudukannya selepas seranganke atas Belanda. Raja Brooke juga turut mengakui kedudukan Raja Tebuk sebagaiketua orang Iranun di Tempasuk. Ketika W. Pretymen datang ke Tempasuk RajaTebuk sudah digantikan oleh anaknya Datu Komidal yang memakai gelaran juga sebagaiSultan Sa Tebuk seperti bapanya. Oleh itu, ketika W. Pretymen menjadi residendi Tempasuk pada tahun 1879 sebelum pemajakan penuh Syarikat Berpiagam BorneoUtara Berhad atau SBBUB pada tahun 1881, beliau turut mengakui wujudnya sultanIranun di Tempasuk dan selepas itu beliau telah memberikan kuasa ke atasperkampungan di pesisir pantai iaitu Tamau, Merabau dan Matampai (Kota Peladok)sebagai ketua utama di samping Datu Mamuda yang mengawal Tamau, Merabau danAsam, manakala Rampayan dan Nanamun diketuai oleh Datu Inderajayah.

Kesan terhadap kehadiran W. Pretymen sebagai residen Tempasuk, Sultan Sa Tebuktelah kehilangan kuasa sepenuhnya ke atas Tempasuk yang diwarisinya daripadabapanya Raja Tebuk. Sultan Sa Tebuk tidak dapat membantah tindakan W. Pretymenini kerana beliau di pengaruhi oleh ipar beliau iaitu Datu Rambangan yang telahberkahwin dengan adiknya Bai Pandaupan.

Pembahagian kuasa atau lebih dikenali sebagai Mukim ini telah menjejaskankedudukan Sultan Sa Tebuk atau Datu Komidal sebagai kuasa dominan. DatuRambangan telah dilantik sebagai ketua utama ke atas perkampungan berhampiransebelah kanan sungai Tempasuk seperti Linau, Bobot, Gunding, Gadding,Tambulion, Tempasuk, dan Piasau. Manakala Datu Tumongong sebagai ketua utama diperkampungan sebelah kiri sungai Tempasuk seperti Labuan, Lebak Inged,Gantisan, Timbang Dayang, Sembirai, Ragussa, Abai dan Lantigi. Inilah kedudukanTempasuk setelah British datang sebagai kuasa baru yang mengambilalih kuasaSultan Sa Tebuk.

Sebenarnya Tempasuk ini dahulu dikenali sebagai sebuah kerajaan, namundisebabkan pembuktian yang kurang kukuh, maka mengangkat Tempasuk sebagai satukerajaan adalah amat sukar. Sejarah kewujudan Tempasuk sebagai satu entitipolitik penting dalam sejarah Nusantara memang tidak dapat dinafikan dan kuasaSultan Sa Tebuk berakhir apabila kuasa barat datang menjajah Tempasuk sekitar1879 dan seterusnya pemajakan ke atas Borneo oleh SBBUB pada tahun 1881.

Bukti-bukti yang boleh diperakui ialah senjata sebuah meriam yang digunakan ketikamereka menyerang Belanda di Riau Johor 1781 yang masih ada di perkuburan Kg.Peladok. Selain itu, kubur Raja Tebuk di Kg. Kota Peladok (dulu Matampai) jugaturut menjadi bukti penting dan juga jurai keturunan beliau yang masih dekatmengikut tarsila keluarga ini. Menurut sumber tempatan, Raja Tebuk jugamempunyai alat-alat kebesaran sebagai raja, tetapi malangnya peralatan initelah hilang begitu saja terutama apabila pihak penjajah datang dan beberapaorang kepercayaan Raja Tebuk yang telah diamanahkan untuk menjaga peralatantersebut telah menjualnya. Orang kepercayaan beliau ini terdiri daripadakeluarga beliau juga, mungkin keadaan pada masa itu tidak lagi memerlukanperlindungan kuasa raja tetapi kuasa barat adalah lebih baik dan juga tekanan ekonomiyang amat kuat.

Ada juga pandangan daripada keturunan Raja Tebuk yang menyatakan antara faktorRaja Tebuk tidak mempedulikan kuasa beliau ialah tekanan barat. Orang Iranunadalah etnik yang amat kuat semangatnya menentang barat. Mereka menyerang kapal-kapaldagang barat yang berdagang di kepulauan Nusantara, maka itu orang Iranunmerasa tekanan ini amat berat dan membiarkan kuasa mereka hilang begitu sajaapabila barat menjajah.

Mengikut maklumat keluarga ini, Raja Tebuk juga memiliki kapal besar yang bolehmemuatkan lebih 150 orang tentera. Kapal ini telah digunakan ketika belayar keRiau Johor dan juga apabila mereka menyerang kapal-kapal dagang pihak barat.Kapal ini musnah di Sungai Tempasuk berhampiran Kg. Peladok dan Kota Peladok.Meriam yang ada sekarang ini adalah sebahagian daripada meriam yang ditemuioleh penduduk Kg. Peladok dan diarahkan oleh Sharif Junit merupakan KetuaKampung pada tahun 1951 dan ditanam secara menegak di perkuburan Kg. Peladok.

Oleh itu, sejarah kuasa tempatan Iranun di Tempasuk bukanlah satu rekaanseperti yang diwar-warkan. Bahkan ianya merupakan realiti sejarah yangmempunyai bukti kukuh dan boleh diperakui. Pengkitirafan oleh para sejarawantempatan dan luar negara telah membuktikan bahawa etnik Iranun telah memainkanperanan besar terhadap penentangan kuasa-kuasa barat yang cuba menguasaikegiatan ekonomi, politik, agama dan sosial di Nusantara. Serangan demiserangan yang dibuat oleh etnik Iranun amat menggerunkan pihak barat sehinggamereka menggelar Iranun adalah 'pirate' sebagai gambaran negatif terhadap etnikini yang cuba menghalang barat daripada menyebarkan agama Kristian sertapengaruh mereka.

Itulah sebabnya orang Iranun lambat menerima pendidikan yang dianjurkan olehbarat berbanding pendidikan agama Islam yang diajar oleh guru-guru agamaseperti belajar al-Quran dan Berzanji sentiasa dititik beratkan oleh setiapkeluarga dalam masyarakat Iranun.

Rujukan:

Mohd. Yassin Isa, 1987. Asal-Usul Bajau, dalam Buletin Membaca.Bil. 2, Perpustakaan Negeri Sabah.

Ranjit Singh, 2000. The Making of Sabah 1865-1941. Kuala Lumpur:Universiti of Malaya Press.

Lanuns and other Pirates, The British North Borneo Herald, 17thJanuari 1938.

G. N. Appell, Ethnographic Notes on the Iranon Maranao (Illanun) ofSabah.

G. N. Appell, Iventory of Urgent Antropological Research: II. BorneoResearch Bulletin 2: 5-7, 1970.

D. Headly, Some Illanun and Bajau Marriage Customs in the Kota Belud District, NorthBorneoJournal Vo., XXIV., Part III., Oct., 1951.

Virginia Matheson Hooker, 1991. Tuhfat Al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ivor H. Evans, 1922. Among Primitive Peoples in Borneo. London:Seeley Service.

Ahmad Jelani Halimi, 2006. Perdagangan dan Perkapalan di selat Melaka.Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tom Harrisson, The Diary of Mr. Pretymen: First Resident of Tempassuk,North Borneo.

Owen Rutter, 1986. The Pirate Wind: Tales of the Sea-Robbers of Malaya.Singapore: Oxford University Press.


Sumber : Dicatat oleh Milus bin Hj. Abd. Wahad di 1:49 AM 

No comments:

Post a Comment